
irieshirashi02
5 tahun
Bintik merah pada kulit
Kenape ye selalunye selepas bersukan bola tampar tangan sye akan muncul bintik2 merah tapi tidak gatal…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keterangan yang anda berikan masih kurang jelas dan lengkap. Untuk membuat kesimpulan, kami memerlukan keterangan yang lebih terperinci tentang bagaimana bintik ini menganggu anda. Secara umum, bintik merah pada kulit yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- cholinergic urticari yaitu akibat kenaikan suhu tubh semasa bersukan
- exercised induced urticaria akibat bersukan
- skin chafing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.