Anonymous
6 tahun
Bintik putih di sudut bibir
Saya lelaki berumur 22, dan saya baru perasan di bibir saya ada bintik putih pada bahagian sudut bibir. Tapi ia tidak merasa sakit pun, saya cuma agak risau sebab bila saya buat online research, agak menakutkan resultnya, jadi saya perlu kepastian doktor. Dan kadang-kadang saya merasa bengkak di bibir saya tapi tidak lama. Saya selalu alaminya sebelum saya tidur. Tapi bintik putih itu sentiasa ada, di sudut bibir saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Berdasarkan keterangan anda, masalah bintik di bibir boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- oral thrush
- apthous ulcers
- candidiasis (infeksi kulat)
- Penyakit Kelamin seperti herpes dan sebagainya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih




































