Sulit
5 tahun
Bintik putih pada bibir
Saya wanita berumur 24 tahun. Sudah lama saya perasan terdapat bintik -bintik putih di bibir atas saya. Walaupun tidak menyakitkan, saya tertanya-tanya adakah ia membahayakan atau tanda awal kepada sebarang penyakitatau sebagainya. Saya juga ingin tahu jika ada rawatan atau produk yang boleh digunakan untuk menghilangkannya. Terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Virus Herpes
- jangkitan kulat
- Ulser kerana kurang minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































