
hantubonceng25
5 tahun
Bintik putih pada zakar
Saya lelaki dlm 20an mengalami masalah bintik putih pada bahagian liang bulu pada zakar ia tidak gatal atau apa ii cuma tidak selesa melihat ada cara untuk menghilangkan nye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- variasi kulit yang normal pada zakar
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.