Sulit
5 tahun
Bintik2 merah dan gatal di tapak tangan dn kaki
Saya wanita berumur 19tahun.3 hari lps ad bintik2 merah
yang gatal di tangan dan kaki saya,kejap2 hilang kejap2 gatal balik bila saya garu tempat lain pon turut gatal sampai ke paha. Adakah sya mengalami kelopak garam?apa cara untuk hilangkan kelopak garam ni?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa penjelasan lain mengenai masalah bintik-bintik merah pada tangan yang anda alami, iaitu:
- Alahan kulit ( Contact dermatitis )
- Jangkitan HPV ( Human papilovirus ). Ini merupakan salah satu STD yang dikenali
- Jangkitan kuman Molluscum Contagiosum
- Seborrheic keratosis . Sejenis ketumbuhan pada kulit
- Ekzema
- Jangkitan kulat seperti Ringworm
- Psoriasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.


































