
Sulit
4 tahun
Bisul berdekatan dengan lubang dubor
Hii, salam sejahtera, saya seorang lelaki yang berumur 25 tahun, saya mempunyai komplikasi di mana tumbuh seperti bisul atau jerawat di berhampiran dengan lubang dubor saya, ia sudah berlanjutan selama beberapa bulan, ada masa ok, ada masa kurang, dan tambah lagi,jikalau saya memakan telur ayam, bisul ni akan megembang dan akan pecah dimana keluarnya nanah dan darah, jadi, apa yang perlu saya lakukan

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah bisul berdekatan dengan lubang dubur boleh disebabkan oleh:
- Masalah pada hormon
- Jangkitan kuman atau kulat
- Kulit berminyak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.