
Sulit
5 tahun
Bisul bernanah tidak henti-henti selama 2 tahun
Salam sejahtera,
Saya mengalami penyakit seperti bisul bernanah sejak 2017.
Merah, bernanah, gatal, bengkak
Ujian diabetes, saya tiada kencing manis
Rumah n pakaian saya bersih
Doctor selalu bagi ubat antibiotics.
Soalan saya : Boleh bagi cadangan kepada saya:
Doktor apakah yang perlu saya temui?
Nama klinik/pusat rawatan mana perlu saya pergi sekitar Kuala Lumpur?
Sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Merujuk kepada doktor yang paling sesuai untuk anda temui, adalah digalakkan untuk anda menemuia doktor pakar kulit yaitu dermatologis di hospital berdekatan anda.
Selain itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.