
Sulit
4 tahun
Bisul di bahagian kemaluan dan sangatlah tersiksa
hi saya wanita berumur 20 tahun mengalami bisul tanpa mata di bahagian kemaluan dan dah hampir 3 hari dan tidak pecah ia juga makin membesar dan membengkak…Hal ini membuatkan pergerakan aktiviti seharian saya terganggu.Saya juga mengalami simptom seperti demam…Jadi bagaimanakah untuk saya menyembuhkan bisul yang besar ini di rumah dan berapa lamakah untuk bisul tersebut sembuh ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah bisul yang dihadapi. Antara rawatan bisul di rumah adalah:
- Sapukan kompres panas dan rendamkan bisul
- Apabila bisul mula mengalir, basuh dengan sabun antibakteria sehingga semua nanah hilang dan bersihkan tangan dengan menggosok alkohol.
- Sapukan salap ubat (antibiotik topikal) dan balut bisul tersebut.
- Jangan memicit atau mencalar bisu
- Basuh kawasan bisul dengan sabun dan air dua kali sehari
- Pastikan menggunakan haba selama 3 hari selepas bisul dibuka
- Jika cecair bisul mengalir keluar dengan sendiri, biarkan ia mengalir keluar. Pastikan kawasan tersebut dibersihkan dua kali sehari dengan sabun dan air.
- Untuk membantu mencegah jangkitan dari merebak, jangan berkongsi tuala dan kain lap dengan orang lain.
Tempoh untuk bisul sembuh bergantung dengan pelbagai faktor. Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk benar-benar sembuh. Namun, jika ia tidak berkesan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan di klinik. Hal ini kerana terdapat risiko ia mendapat jangkitan yang merebak ke kawasan lain.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.