Sulit
2 tahun
Bisul / Jerawat di Miss V
Hi. Saya mempunyai masalah dimana saya tidak pasti bahawa bawah miss v atau kelengkang saya ada jerawat atau bisul. Nampak macam jerawat sebab merah dan ada mata. Tapi saya tak pasti kalau ia sebenarnya bisul sebab saiz dia agak besar. Tak lah besar sangat. Btw ni first time saya kena macam ni. Sebelum ni tak pernah kena.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Bartholin cyst
- Bartholin abcess
- Folikulitis
- Bisul
- Infeksi bacteria
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.