Sulit
5 tahun
Bisul kecik (not sure) pada permukaan vagina dan ketiak
Saya berumur 26 tahun. Saya mula dapat seakan bisul yang kecil dan ada nanah pada permukaan vagina. They come and go but ada yang menjadi parut timbul (tiny bump). Kadang ada juga terdapat pada bahagian ketiak. Thankyou in advance Dr2.
Soalan 1: Apakah punca terjadi? Berbahaya atau tidak?
Soalan 2 : Cara menghilangkan parut (tiny bump and warna macam lebam)?
Soalan 3 : Cadangan ubat atau method.
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
- Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan benjolan, namun untuk mengenal pasti dengan lebih yakin dan tepat & apakah ianya membahayakan atau tidak, pemeriksaan fizikal dan sesi soal jawab yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Umumnya benjolan pada permukaan vagina dan ketiak boleh disebabkan oleh:
- gangguan kelenjar peluh (i.e. hidradenitis suppurativa)
- jangkitan kuman (i.e. vulvovaginitis)
- gangguan kulit (i.e. dermatitis)
- gangguan kelenjar minyak dan lain-lain
Untuk menghilangkan parut, terdapat rawatan topikal (i.e. krim), rawatan sistemik (i.e. pil), dan rawatan intervensi (i.e. operasi kecil). Kesemua jenis rawatan tersebut memerlukan bantuan secara langsung dari doktor
Seperti yang telah dinyatakan, semua jenis rawatan memerlukan pemeriksaan yang lanjut dan keputusan yang akan dibuat oleh doktor akan bergantung kepada kondisi semasa individu tersebut.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
































