
Sulit
4 tahun
Bisul pada kelopak mata
boleh tk nak tnya mcm mna nk hilangkan bisul d kelopak mata saya? hritu ada bejumpa dngn doktor dan telah diberi antibiotik dan ubat bengkak. terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu bisul pada kelopak mata. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bisul ini adalah disebabkan oleh jangkitan kuman. Untuk menghilangkan benjolan ini, jangkitan perlu dirawat. Anda mungkin memerlukan krim antibiotik atau antibiotik makan untuk membasmi jangkitan tersebut.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian untuk mendapatkan preskripsi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.