Sulit
2 tahun
Bisul yang pedih di kemaluan
Saya remaja wanita berumur 15 tahun . Saya menghadapi masalah bisul di luar kemaluan saya. Saya tengok mulamula ada satu biji je. Tetapi sekarang dah ada dua dan rasa pedih kadang kadang. Kenapa boleh jadi macam ni?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami ketidakselesaan dan kebimbangan anda berkenaan dua bisul yang timbul di luar kemaluan yang terasa pedih. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala seperti yang dinyatakan itu boleh disebabkan oleh:
- alahan atau iritasi kulit kelamin
- folikel rambut yang tersekat
- kelenjar minyak yang tertutup
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh menandakan masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- folikulitis kelamin
- vaginal boils
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.