
Sulit
4 tahun
Bleeding 20 days already
Saya wanita 20an… Saya alami bleeding sejak 13/01/21… Dan pendarahan tu jadi lebh banyak sejak 31 dan hari ini… Saya ada buat upt test msa bleeding dan saya dpati ada double line… Tpi saya abaikan kerana bgi saya tidak mungkin… Semlm saya mkn ubat untuk senang tidur dan ubat tahan skit… Sekitar jam 2.34 pagi ada sesuatu keluar bersama ketulan darah dan pendrahan yang banyak… Ada ka saya keguguran?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah anda perlu dikemukan kepada doktor di klinik berdekatan untuk diperiksa dan nilai dengan lebih lanjut. Disebabkan kekurangan maklumat, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan berlebihan boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!