
norashikin1991
5 tahun
Bleeding di awal kehamilan 1-2 minggu
sy berusia 28 tahun…telah berkahwin selama 3 tahun 7 bulan…period tak regular…last period 15/7/19…sebelum ni upt mmg -ve…last cek upt 1/11 still -ve…pd tarikh 18/11 sy pergi ke klinik kesihatan utk mendapatkan ubat turun darah memandangkan sy sakit perut seperti senggugut tetapi darah tetap tak turun…tapi doktor cek upt dan mendapati sy weakly +ve…sy pergi semula ke klinik kesihatan pd 19/11 kerana sy mengalami pendarahan dan berterusan sehingga ke hari ini…doktor tro ectopic pregnancy and refer to hospital…doktor masih tak dapat kesan sebab scan tak nampak…scan dr vaginal pn masih tak nampak juga…tetapi harini sy masih mengalami pendarahan dan sakit perut…adakah sy keguguran? dan utk pengetahuan doktor ini adalah kandungan pertama

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) dalam bentuk spotting boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, apabila perdarahan yang terjadi adalah agak lewat daripada 2 minggu dan lebih banyak, ia boleh terdiri atas sebab seperti berikut:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda. Hal ini kerana, sukar untuk dipastikan apakah yang terjadi kepada anda adalah keguguran berdasarkan keterangan anda disini sahaja. Maklumat dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.