
normarahim
6 tahun
Bleeding lepas bersama suami(baru habis period hari ke 5)
Sy wanita usia 32…semenjak berhenti ambil perancang 5 bulan y lalu…hormon sy jd x stabil…period datang tiap2 bulan tetapi datang kejap lambt kejap awal…tarikh brubah2…sy buntu…memikir masalah ini…adakah terbaik bg sy amalkan preggy love utk stabilkan hormon…lagipun sy merancang utk mengandung lagi…sila bantu sy doctor…adakah berkemungkinan sebab berat badan sy mkin naik???

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Pengambilan perancang memberikan kesan sampingan kepada kebanyakan wanita. Antaranya :
- penambahan berat badan
- sakit kepala
- perubahan mood
- payudara terasa sakit
- pendarahan tidak teratur
Tempoh haid anda mungkin menjadi lebih tidak teratur, lebih berat, lebih pendek, lebih ringan atau berhenti sama sekali.
Pengembalian kesuburan anda untuk kembali normal selepas pengambilan perancang dihentikan, tergantung pada jenis perancang yang anda ambil.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.