
Anonymous
5 tahun
Bleeding masa hamil 7w
sy wanita brumur 29thn…skrang sy disahkan prgnant dalam 6-7w…tapi dalam 2 3 hari nie saya dapati sya bleeding…bleeding yg berwarna cokelat n pink…bukan fresh blood…bleeding jgak hanya sdikit n saya tak perlu pakai pantyliner…adakah ini normal @ tanda2 keguguran?mohon pnjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- keguguran
- ectopic pregnancy
- molar pregnancy
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan terjadi, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.