
Sulit
4 tahun
Bleeding/spotting waktu hamil 5/6 minggu
Saya alami bleeding/spotting dan pregnant anggaran 6 minggu. Doktor ada berikan ubat kuat rahim dan lagi 2 minggu perlu scan utk check ada heartbeat baby atau tak. Soalan saya, kalau lpas makan ubat ni dan darah pekat ada keluar, adakah saya keguguran? Saya sgt panik. Dah 2 hari sejak semalam darah keluar. Saya perasan, lpas sy makan ubat. Darah mcm berketul akan keluar. Kemudian berhenti. Dan lepas tu keluar sikit sikit mcm period tu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Keguguran
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted disease)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Kecederaan pada dinding faraj
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk tidak panik dan memantau gejala anda dan sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya keadaan melarat supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sukar untuk kami katakan sama ada anda keguguran atau mempunyai masalah perubatan yang lain kerana pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca pendarahan tersebut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.