Sulit
4 tahun
Blood glucose medicine
Saya umur 36 dapati ada diabetes 2tahun lepas. BG setinggi 9~12…Doctor bagi pruglotrol. Any ubat yg lebih effective dlm control BG?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kawalan gula bagi penyakit kencing manis bukan sekadar bergantung kepada ubat. Seperti yang anda ketahui, senaman berkala dan penjagaan makanan juga adalah penting bagi kawalan paras gula dalam darah. Sekiranya setelah bersenam dan penjagaan makanan anda mendapati bahawa kawalan gula masih sukar dikawal, maka anda boleh berbincang semula dengan doktor anda untuk peningkatan dos ubat anda ataupun penukaran ubat diabetes yang lain. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.