Anonymous
6 tahun
Blood Sugar Reading Yang Berubah2
Saya berumur 34 Tahun, pernah membuat blood test dan dapati glucose saya tinggi sebanyanK 13.3 walaupun berpuasa tetapi tiada gula dalam urine. Sehingga ke hari ini saya membuat glucose reading sendiri menggunakan glucometer, reading glucose saya berubah2, selepas 8 jam berpuasa ada yang 15, 17, 19 dan selepasa 2 jam pemakanan ada yang 22, 28 dan ada juga HI. Saya ingin tahu adakah keadaan ini normal atau saya perlu membuat rawatan susulan kerana gula yang tinggi dan saya juga ingin tahu bagaiman caranya nak mengetahui insulin saya bekerja seperti biasa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Sebelum saya menjawab soalan anda, lebih banyak maklumat yang perlu saya perolehi untuk memastikan keadaan anda di diagnose dengan tepat.
Berdasarkan bacaan gula yang anda berikan, paras gula anda adalah lebih tinggi daripada paras normal. Keadaan gula yang tinggi ini dipanggil diabetes iaitu keadaan di mana sel tubuh anda tidak lagi sensitif terhadap rembesan hormon insulin yang dikeluarkan apabila paras gula dalam tubuh meningkat. Hal ini menyebabkan gula tidak diserap ke dalam sel lalu kekal tinggi di dalam darah.
Untuk mengesahkan seseorang itu menghidap diabetes. Pesakit perlu menjalani ujian yang lebih spesifik iaitu “Oral Glucose Tolerance Test” atau “Fasting Blood Glucose” serta “HbA1c”. Anda akan diberikan arahan yang lebih spesifik apabila menjalani ujian ini.
Saya amat menyarankan agar anda membuat ujian agar rawatan susulan yang tepat dapat diberikan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melakukan rundingan lanjut dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma.
Harap membantu. Terima kasih.



























