
Sulit
3 tahun
Boleh Atau Tidak Jika Saya Guna Excel Lignocaine Gel 2% Untuk Tempoh Lama
Saya ada buasir tahap 2. Setiap kali buang air besar, saya perlu tolak kembali anus yg terkeluar.
Saya gunakan Excel Lignocaine Gel sebagai pelincir bagi memudahkan saya untuk menolak kembali anus kedalam.
Soalan saya,
1 ) bolehkah saya guna gel tersebut untuk tempoh lama ( 3-4 tahun ) dan setiap hari?
2 ) adakah Lignocaine Gel Excel ini mengandungi steroid?
3 ) atau adakah alternatif lain yang lebih sesuai seperti gel ky jelly boleh digunakan dan lebih sesuai?
4 ) apakah gel yang disarankan oleh pihak doktor jika excel Lignocaine Gel itu tidak sesuai?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui sama ada ubat tersebut boleh digunakan untuk jangka panjang. Secara umumnya, lidocaine merupakan anastesia lokal digunakan untuk mengurangkan kesakitan di sekitar kawasan yang disapu. Lidocaine tidak mengandungi steroid.
Bergantung kepada pesakit, sekiranya mereka mengalami kesan sampingan menggunakan lidocaine, ubat tersebut boleh ditukar kepada alternatif lain dan ini berdasarkan keputusan doktor dan kemahuan pesakit.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.