
Sulit
5 tahun
Boleh atau tidak mengambil ubat panadol selepas mengambil pil postinor 2
Hi doktor…saya ingin brtanya blh atau tidak mengambil ubat panadol selepas makan pil postinor2 ? Adakah ia akan mengganggu pil postinor2 daripada brtindak bls pada tubuh? Dam macam mana nak tahu sekiranya postinor2 telah bertindak bls mohon pncerahn dr. Trma ksih

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, ubat paracetamol atau ubat tahan sakit yang biasa boleh diambil sewaktu mengambil pil perancang kehamilan. Pil postinor akan mencegah anda daripada hamil dan jika anda masih mempunyai haid yang lewat selepas 7 hari, anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.