Sulit
6 tahun
Boleh berhenti pemngambilan suntikan perancang
saya mempunyai anak berusia 8 bulan dan sya telah mengambil suntikan perancang selama 6 bulan…akan tetapi setelah mengambil suntikan tersebut saya mengalami sakit kepala seperti migrain .saya bercadang untuk berhenti memandangkan period saya lansung tidak datang dalam tempoh pengambilan suntikan ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang digunakan untuk mencegah kehamilan. Suntikan perancang boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, seandainya mahu berhenti suntikan perancang, tetapi masih mahu mencegah kehamilan, terdapat beberapa pilihan perancangan keluarga lainyang tersedia seperti pil perancang dan IUD. Untuk makluman anda, suntikan depo akan berada dalam badan anda selama 15 minggu setelah anda suntik. Biasanya, anda akan mendapatkan suntikan seterusnya pada 3 bulan (12 minggu) setelah disuntik. Memandangkan kali ini anda mahu bertukar dari suntikan kepada metode perancang lain, anda boleh mulai mengambil pil perancang atau memasang IUD pada tarikh anda sepatutnya mendapat suntikan seterusnya (12 minggu setelah suntikan terakhir).
Bagi mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih




































