Sulit
3 tahun
Boleh doktor terangkan cara untuk makan pil perancang. Saya pertama kali menggunakan pil perancang dan kurang faham bagaimana cara untuk menggunakannya
Saya baru sahaja berkahein dan sedang merancang bersama suami. Saya ada menggunakan pil perancang. Sudah hampir 1 papan bermula hari pertama period tenpoh hari dan akan menggunakan untuk bulan yang kedua. Namun saya agak musykil dan kurang faham dengan penjelasan dari pegawai farmasi tersebut. Adakah saya hanya perlu terus memakan pil yang kedua ini setelah tamatnya pil pertama tempoh hari atau perlu berhenti dahulu dan tunggu period yang akan datang sebelum meneruskan dengan pil yang kedua. Jika begitu, dlm tempoh saya tidak makan pil ini adalah selamat sekiranya saya bersama suami? Atau saya hanya perlu makan shj pil perancang ini dan berhenti ketika haid dan menyambung nya semula setelah habis? Tolong bantu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pil perancang mempunyai pelbagai jenis dan ia mempunyai cara penggunaan yang berbeza mengikut jenis tersebut. Ada jenis pil perancang yang perlu di ambil hari-hari, ada juga pil perancang yang diambil sekali sebulan.
Namun pada biasanya, sekiranya pil perancang anda yang diberi adalah pil harian selama satu bulan per satu pek, bermaksud anda tidak perlu tunggu untuk kedatangan haid bagi memulakan pek baru. Sebaik-baiknya pil tersebut diambil berterusan bagi mendapatkan keberkesanan yang maksimum.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sekiranya anda terlambat mengambil pil ataupun menunggu kitaran haid seterusnya seperti yang anda sebut, kemungkinan untuk menjadi hamil adalah tinggi tetapi ia bergantung kepada berapa hari anda terlewat. Semakin lewat pengambilan pil tersebut, semakin tinggi kemungkinan untuk menjadi hamil.
Untuk mengetahui lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.