
suzy
5 tahun
Boleh Ganti Gula Dengan Bahan Macam Stevia?
Adakah kalau kencing manis boleh ganti gula dengan bahan macam stevia?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Hai! Terima kasih kerana mengemukakan soalan anda. Yea, memang penghidap diabetis boleh menganti gula biasa dengan penganti gula macam stevia. Izinkan saya memberi sedikit penerangan mengenai penganti-penganti gula tersebut. Penganti gula ini boleh diklasifikasi kepada tiga jenis :
1. Pemanis berkhasiat (contohnya mannitol, sorbitol, isomalt, maltitol, dan xylitol)
2. Pemanis tidak berkhasiat (contohnya saccharin, acesulfame potassium, sucralose, aspartame, neotame, dan advantame)
3. Pemanis semulajadi (contohnya stevia)
Penganti gula ini ialah bahan yang dibuat daripada kimia atau tumbuhan untuk memaniskan dan memantapkan rasa makanan dan menuman. Mereka kadang-kadang dikenali sebagai “artificial sweeteners” (pemanis buatan) atau “non-caloric sweeteners” (pemanis tanpa kalori).
Penganti penganti ini boleh digunakan untuk memaniskan makanan dan minuman yang kita makan setiap hari atau digunakan dalam kilang untuk memproses makanan/minuman. Kemanisan penganti-penganti gula ini adalah jauh lebih banyak manis daripada gula biasa.
Oleh sebab itulah, hanya sedikit yang diperlukan untuk mencapai tahap kemanisan yang sama. Sebab inilah penganti-penganti gula ini dianggap sebagai rendah kalori atau kadang kadang tiada kalori. Selama bertahun-tahun penyelidikan, tiada bukti kukuh bahawa pengganti gula berbahaya kepada seseorang jika digunakan dengan sewajarnya.
Walaubagaimanapun, ia adalah penting untuk diperhatikan bahawa penggunaan sejumlah besar gula ini boleh menyebabkan cirit-birit. Memang benar kebanyakan yang tidak mempunyai nilai pemakanan tetapi mereka boleh dimakan dengan selamat oleh orang yang menghidap diabetes dan memenuhi keinginan manis anda!
Berikut adalah beberapa contoh pengganti gula dengan kandungan karbohidrat dan indeks glisemik. Indeks glisemik adalah angka yang mewakili keupayaan relatif karbohidrat / gula untuk meningkatkan tahap glukosa dalam darah. Semakin kecil jumlahnya, semakin sedikit kesan makanan pada gula darah anda.
1. Aspartame
• satu karbohidrat bersih setiap paket dan indeks glisemik sifar
2. Potassium Acesulfame
• satu unit karbohidrat dan indeks glisemik sifar
3. Saccharin
• tiga gram karbohidrat dan mempunyai indeks glisemik sifar
4. Alkohol Gula (Xylitol, Sorbitol)
• bermula dari indeks glisemik 13 hingga sifar
5. Sucralose
• kurang daripada gram karbohidrat dan indeks glisemik sifar
6. Stevia
• tiga gram karbohidrat per paket dan indeks glisemik sifar
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.