
Sulit
4 tahun
Boleh hamil ke selepas period
Hi doc, saya ada bersama suami saya seminggu sebelum period, dia tidak memasukkan zakarnya, hanya pada bahagian permukaan vagina saja. Kemudian period saya datang seperti biasa. Bolehkah saya hamil hasil dari hubungan itu walaupun saya sudah period? Patutkah saya check pregnancy test?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kehamilan berlaku apabila sperma lelaki memasuki ke dalam sistem peranakan wanita dan menemui sel telur wanita di tiub falopian. Sekiranya anda datang period, ia bermaksud anda tidak hamil. Kehamilan akan mengubah tahap hormon anda supaya tidak datang haid.
Pastikan persoalan anda terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih