
Sulit
4 tahun
Boleh kah ibu menyusu bayi 1 tahun 6 bulan menggunakan Tidact gel/clindamycin
Saya seorang ibu sedang menyusu kepada anak berumur 1 tahun 6 bulan . Saya mengalami jangkitan di muka iaitu acne vulgaris . Adakah selamat untuk ibu menyusu menggunakan Tidact atau Clindamycin ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, clindamycin berpotensi menyebabkan kesan sampingan pada flora sistem penghadaman bayi yang disusui. Sekiranya clindamycin oral atau intravena diperlukan oleh ibu yang menyusu, itu bukan alasan untuk anda menghentikan penyusuan, tetapi anda perlukan ubat alternatif yang lain. Sila dapatkan nasihat daripad doktor yang merawat anda, dapatkan kepastian mengenai penggunaan ubat tersebut daripada beliau. Maklumakn kepada belaui bahawa anda masih menyusukan bayi.
Untuk mendapat penerangan lanjut masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.