
Sulit
3 tahun
Boleh ke buat hubungan sex result negatif
salam doctor, sy ingin bertanya kepada doctor tetang penyakit hiv… sy baru berkahwin 3bulan dan sy ada buat ujian hiv test sebelom sy berkahwin… dan result negatif, soalam sy boleh ke buat hubungan sex dengan isteri sy? sebab sy masih ragu2 kerana sebelom sy berkahwin and membuat hiv test… sy pernah buat hubungan sex…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj), perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak.
Untuk masalah anda, memandangkan anda telah mendapat keputusan iaitu negatif, maka anda tidak dijangkiti virus HIV tersebut. Anda boleh berhubungan dengan isteri anda.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.