
nursyahidayu48
5 tahun
Boleh ke fibroadenoma amlkan suppliment utk tegangkan payudra
Saya mempunyai ketumbuhan di payudara iaitu fibroadenoma . Bolehkah saya amalkan suppliment cuppluss by bioxcellent ?? Suppliment ni utk cantikan kulit serta tegangkan payudara . Ingredient dia ialah Pueraria lobata , Acacia gum , Buah betik , Ubi bit merah , Ekstrak halba/fenugreek. ada tak effect terhadap fibroadenoma saya ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sebetulnya belum ada kajian saintifik yang membuktikan kebaikan supplemen collagen untuk menegangkan payudara. Akan tetapi, belum ada juga kajian saintifik yang membuktikan efek buruk collagen terhadap fibroadenoma. Justeru, seandainya anda memilih untuk mengamalkan supplemen ini, ia adalah diatas risiko sendiri.
Sekiranya anda mahu mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.