
Sulit
4 tahun
Boleh ke makan ubat perancang selepas makan durian
Hi doktor… Sy baru ambil ubat perancang oralcon… Boleh ke sy mkn ubat tu selepas makan durian?..

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Umumnya, terdapat beberapa jenis pil perancang dengan indikasi dan cara pengambilan yang berbeza, justeru itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor anda kembali atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan kaedah rawatan perancangan keluarag yang terbaik buat diri anda saat ini. Selain daripada itu terdapat juga kaedah perancangan keluarga yang lain antaranya termasuk IUCD & suntikan perancang.
Umumnya belum ada kajian khusus terkait pemakanan durian serta kadar keberhasilan ubat perancang keluarga.
Lazimnya sesetengah pil perancang akan hanya berkesan jika diambil pada hari pertama haid berlangsung dan berterusan setiap hari, sehingga perancangan keluarga ingin dibatalkan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.