
Sulit
4 tahun
Boleh ke menggunakan gaviscon untuk pesakit gerd
saye ade penyakit gerd boleh ke saye menggunakan gaviscon untuk ubat harian ? …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, rawatan utama untuk penyakit pedih ulu hati atau GERD yang berulang adalah untuk mengurangkan pengeluaran asid tersebut. Bagi rawatan yang spesifik kepada anda, kami memerlukan maklumat lanjut seperti status kesihatan anda secara menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Buat masa sekarang, perubahan dalam gaya hidup boleh membantu mencegah atau mengurangkan pedih ulu hati.
- Amalkan diet pemakanan yang sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
- Elakkan berbaring sejurus selepas makan dan duduk lurus sewaktu makan.
- Jangan mengangkat berat, kerana ini dapat meningkatkan tekanan dalam perut.
- Pantau makanan anda dan berwaspada dengan makanan yang dapat mencetus penyakit anda seperti alkohol, kafein, makanan pedas, susu krim penuh, air bergas, dan makanan ringan.
- Cuba berhenti merokok dan mengurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan. * Elakkan daripada mengambil makanan dengan banyak dan bahagikan makanan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan makan dengan lebih kerap.
Dapatkan rawatan doktor dan ikut nasihat yang telah diberikan. Pedih ulu hati yang tidak dirawat dan dibiarkan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti kanser esofagus , masalah pernafasan, esofagitis, dan masalah menelan dalam jangka masa panjang.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.