
Sulit
5 tahun
Boleh ke postinor ini berkesan?
Sya brstubuh jam 8 atau 9 mlm hri sbtu… Wife sya makan postinor 2 biji sekali gus pada jam 6.40 ptg pada hri ahad. Adakah berkesan sekiranya makan 2 biji sekali sebelum 24jam? Dan mnrut pharmacy mereka brkata boleh 2 bji sekali telan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tiada sebarang masalah yang akan timbul jika ia diambil dalam masa 24 jam dan 2 biji sekali gus. Namun, isteri anda disarankan untuk mengambil pil kedua 12 jam selepas pil pertama.
Jika anda dan isteri ingin merancang kehamilan, pil ini tidak seharusnya diambil secara kerap. Terdapat pelbagai alternatif lain seperti:
- pil hormon 21/28 hari
- suntikan depo
- implanon
- meletakkan alat perancang pada rahim
- mengikat falopian tube
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.