Sulit
5 tahun
Boleh ke pregnant jika suami ada hep b
suami saya ada hepatitis B, jika saya mengandung, adakah risiko bayi akan terkena hepatitis B atau penyakit hati sirosis semasa dlm kandungan atau selepas lahir?
Adakah lebih baik untuk tidak mengandung atas faktor risiko penyakit tersebut?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, virus ini berkemungkinan berjangkit anak anda melalui proses bersalin jika anda turut dijangkiti. Penyakit hati sirosis ini bukan penyakit yang akan berlaku dengan cepat, ianya selalu menjejaskan individu yang mempunyai masalah hati dengan jangka panjang.
Namun, jikalau anda telah disahkan tiada jangkitan Hepatitis B. Anak anda tidak akan dijejaskan. Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































