
Sulit
4 tahun
Boleh ke sy mkn ubat alahan
Sy wnita 23 , sy nk tnye sy boleh ke mkn ubt alahan wlaupun xde tnda2 alahan.cuma sy selsema da 3 thun asik selsema.tp lma2 selsema sy mkin teruk lagi bila waktu mlm

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan saya tiada maklumat lengkap tentang status kesihatan anda, sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Mengambil ubat tanpa dos yang betul boleh menyebabkan kesan sampingan dan komplikasi yang lebih teruk. Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan dahulu untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kerana maklumat tambahan perlu diperolehi sebelum boleh memberi rawatan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.