ery9000
6 tahun
Boleh ke ubah saiz zakar
hai doctor, saya ingin bertanya betul ke ada cara untuk membesar atau memanjang kan zakar?, jika ada bagaimana cara nya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, walaupun terdapat beberapa cara untuk membesarkan dan memanjang zakar yang diiklankan di pasaran, sebetulnya tiada satu metode pun yang dilakukan kajian mendalam. Justeru, belum ada organisasi perubatan yang meluluskan mana-mana metode membesarkan zakar sebagai cara yang efektif dan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































