Anonymous
4 tahun
Boleh saya hamil walaupon dtg period
Selepas seminggu saya dtg period saya sex ngan suami saya tetapi selapas 2 minggu itu saya dtg period lgi, adakah saya boleh hamil?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Adakah puan telah membuat ujian pregnancy test untuk mengesahkan sama ada anda mengandung ataupun adakah puan pergi ke klinik untuk membuat scan ?
Sekiranya puan telah membuat ujian pregnancy test dan ia merupakan positif .Kemungkinannya period itu adalah disebabkan oleh pendarahan implantasi ataupun boleh disebabkan oleh masalah lain seperti masalah hormone yang boleh memyebabkan masalah period tidak teratur
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan atau mempunyai masalah lain yang agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.