
Sulit
4 tahun
Boleh tahu keputusan rt pcr 040325030053
Saya telah hubungi talian covid tetapi keputusan rt pcr adik saya belum siap lagi. Esok saya bekerja jadi saya perlu keputusan sekarang. Sampel dihantar semalam

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Namun kami tiada maklumat tentang keputusan ujian covid adik anda. Beberapa persolan perlu diperolehi dari pihak anda. Secara amnya, mengikut jenis ujian RT PCR, masa untuk mendapat keputusan ujian adalah berbeza-beza. Terdapat ujian yang boleh mendapat keputusan dalam masa beberapa jam. Terdapat juga jenis ujian RT PCR yang akan mendapat keputusan dalam masa 24-48 jam. Secara purata, anda boleh jangka untuk mendapat keputusan ujian dalam masa 2-5 hari.
Saya sarankan untuk menghubungi klinik atau hospital yang melakukan ujian COVID untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini