
Sulit
4 tahun
Boleh tak makan 2 pil postinor dalam masa sekali?
Hye doc, saya beli pil postinor dlm 24jam lepas bersama dengan patner, bila beli pharmacist suggest untuk makan 2 pil sekali pada masa yang sama Adakah itu akan prevent pregnancy dengan cepat?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Untuk pengetahuan anda, ubat ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seksual.
- Tablet pertama diambil sebaik sahaja selepas bersetubuh dan tidak lebih daripada 72 jam
- Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan memerlukan tablet tambahan.
- Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid. Jika digunakan lebih daripada satu kali dalam kitaran haid, kitaran haid akan terganggu
Jika anda telah mengambil dalam masa yang ditetapkan, risiko untuk anda hamil adalah rendah.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.