Sulit
5 tahun
Boleh terjadikan skin tag atau kutil di sekitar kawasan areola
Saya wanita berumur 22 tahun , saya ingin tahu. Bolehkah skin tag atau kutil terjadi di bahagian areola . Kerana saya mendapati , ada satu bentuk seperti skin tag muncul di bhagian areola kanan . Jadi adakah ia berbahaya , dan bolehkan menggunakan rawatan seperti menggunakn krim remover of skin tag ? Atau perlu berjumpa dengan doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah skin tag yang anda hadapi. Untuk makluman anda, skin tag adalah benjolan di permukaan luar kulit. Skin tag pada boleh menyebabkan gatal dan rasa tidak selesa. Ianya tidak berbahaya tetapi untuk keselesaan dan mengelak kerunsingan, ramai pesakit yang memilih untuk membuang skin tag.
Terdapat beberapa rawatan untuk menghilangkan skin tag seperti pembedahan, rawatan laser dan pelbagai lagi rawatan bergantung kepada kondisi kesihatan anda dan anjuran daripada doktor. Namun begitu, sebelum rawatan, pemeriksaan oleh doktor untuk kepastian bahawa ianya benar-benar skin tag .
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.


































