
Sulit
5 tahun
Bolehkah berlaku kehamilan ketika sedang haid
Doktor, bolehkah seorang wanita ketika sedang haid dalam masa yang sama dia hamil?? Saya alami kekeliruan kerana saya telah lewat haid selama 3 minggu, saya membuat ujian kehamilan dan positif di pagi hari… Petang nya saya keluar darah haid… Atau bolehkah upt menjadi positif ketika sedang haid ye doktor??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, urine pregnancy test (UPT) adalah alat uji kehamilan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon ini diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Justeru, perdarahan yang terjadi setelah anda disahkan positif oleh UPT bukanlah darah haid.
Sekiranya yang terjadi adalah spotting, diawal usia kehamilan (<22 minggu), ia boleh timbul disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, apabila perdarahan yang terjadi adalah agak lewat daripada 2 minggu dan lebih banyak, ia boleh terdiri atas:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.