Sulit
2 tahun
Bolehkah hiv berjangkit Dgn cara ini
Dr Maaf bertanya… Adakah hiv boleh berjangkit sekiranya kita terkongsi gelas yang mengandungi sisa darah… Contoh… Pesakit hiv ada luka di bibir kemudian dia minum air dan terlekat sedikit kesan darah pada gelas… Kemudian orang lain minum air guna gelas yang sama tadi… Adakah akan berlaku jangkitan hiv Dgn cara itu?? Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya kejadian yang anda gambarkan berlaku, ia berisiko rendah menyebarkan jangkitan HIV. Penyebarannya bukan seratus peratus, sebab air liur manusia mempunyai antibodi dan enzim berfungsi untuk menyerang virus. Selain itu, penyebarannya juga bergantung pada jumlah virus dalam sisa darah tersebut dan kebolehan virus ini memasuki aliran darah orang lain melalui sistem pencernaan.
Kes yang dilaporkan menjangkiti HIV melalui kaedah ini adalah 0.04 hingga 0.27 peratus, amat jarang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.