Sulit
4 tahun
Bolehkah ibu menyusu suntik ubat gatal?
Sy baru bsalin 10hari lpas, sminggu lepas bsalin badan sy naik bintik merah, bermula di lengan dan skrg ni dah timbul di perut, badan, paha dan kaki… Gatal sangat smpai nk nangis… Sy dh sapu ubat calamine lotion yg hospital bagi tapi xda perubahan… Rasa gatal dan bintik tu mcm makin banyak… Soalan sy bolehkah sy minta suntik untuk hilangkan sakit ni sbab sy masih menyusu badan… Tak tahan gatal sgt😭
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan terlebih dahulu. Selain dari itu, pemilihan ubat juga perlu diberikan perhatian kerana sesetengah ubat boleh dirembeskan ke dalam susu badan. Pemeriksaan dan perbincangan bersama dengan doktor tentang keadaan anda adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan kepada anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































