Anonymous
4 tahun
Bolehkah makan doxycycline bg ibu menyusu?
Bolehkah ibu menyusu anak mkn doxycycline utk acne vulgaris?
anak umur 2thn 2bln, menyusu kebanyakan pada sebelah mlm, doxy mkn sblm tdo mlm.
anak juga minum susu btl semasa di taska.
adakah merbahaya pada anak/
tq
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Penggunaan ubat doxycycline bagi ibu menyusu adalah tidak membahayakan anak yang disusukan. Namun begitu beberapa amaran mengenai penggunaan ubat ini harus diketahui seperti:
- Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung
- Elakkan jika terdapat alahan pada ubat ini
Jika anda atau mengalami gejala-gejala seperti muntah-muntah, demam, sakit kepala dan kegatalan pada kemaluan selepas mengambil ubat ini, anda boleh laporkan kepada doktor anda atau ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.