
Sulit
3 tahun
Bolehkah pesakit haart sembuh dan berkahwin?
saya pesakit di diagnosis haart yang saya tidak tau mana puncanya…sekarang mempunyai kestabilan tetapi masih makan ubat, Adakah saya boleh sembuh?kerana perpegang pada hadis Rasulullah SAW setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Adakah saaya boleh kahwin?.kerana lately teringin untuk berumah tangga.sekian. Mohon penjelasan tuan doktor?mungkin pwwenjelasan tuan dapat mengubah hidup saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang jangkitan HIV. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, sehingga kini tiada lagi ubat yang boleh menyembuhkan HIV/AIDS. HAART Highly Active Antiretroviral Therapy adalah sejenis kombinasi rawatan yang digunakan untuk mengurangkan kadar kesakitan yang dialami oleh pesakit HIV, mengekalkan fungsi sistem imun badan dan mengelakkan risiko jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
Proses rawatan HAART mengambil masa 3-6 bulan untuk menghasilkan keputusan ‘Undetectable’
bergantung kepada rawatan dan saranan doktor. Kami nasihatkan anda untuk merujuk kembali kepada doktor yang sedang merawat HIV anda untuk dapatkan kepastian mengenai hasrat anda untuk berkahwin kerana beliau mengatahu status kesihatan anda.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih