
Sulit
4 tahun
Bolehkah saya mengambil pil perancang selepas berhenti selama seminggu
Salam sejahtera, saya wanita berusia 27tahun. Saya telah berhenti mengambil pil perancang selama seminggu selepas habis haid. Selama seminggu saya merancang sendiri dgn menggunakan kondom. Bolehkah saya terus mengambil pil perancang untuk minggu seterusnya? Atau perlu tunggu haid seterusnya. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.

4 tahun
Hi, terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan penjelasan dari soalan, anda telah pun mengambil Postinor selepas melakukan hubungan. Postinor merupakan pil kontraseptif yang mengandungi levonorgestrel, sejenis hormon yang membantu dalam perancangan keluarga dan pil perancang kecemasan.
Pil ini boleh memberikan kesan kontraseptif selama 120 jam selepas melakukan hubungan seks. Sejak kamu mengambil ubat ini dalam jangka masa yang ditetapkan, anda mempunyai kemungkinan yang rendah untuk kehamilan. Pil ini hanya efektif sebelum proses kesuburan berlaku dan keberkesanannya menjatuh jika diambil dalam jangka masa yang lebih panjang selepas seks. Untuk menentukan anda mendapat kehamilan, anda perlu membuat ujian kencing kehamilan.
Berdasarkan fakta yang terdapat, anda masih perlu mengamalkan seks yang selamat dengan penggunaan kondom walaupun anda telah makan pil perancang. Ini bukan sahaja dapat melindungi anda daripada mendapat penyakit kelamin, maka kondom memberi perlindungan yang berganda terhadap kehamilan. Selain itu, sekiranya anda baru makan pil perancang ini, ia hanya mempunyai kesan kontraseptif selepas pengambilan selama seminggu.
Dalam pasaran kita, terdapat 3 jenis cara kontraseptif kecemasan yang biasa digunakan. Kontraseptif kecemasan ini termasuk progestin-only pill (hanya mengandungi progesterone, levonogestrel merupakan sejenis progesterone), pil ulipristal acetate dan intrauterine contraceptive device (IUCD). Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.