
Sulit
3 tahun
Bolehkah saya mula ambil pil perancang seperti biasa selepas mengambil pil escapelle?
saya terlupa makan pil perancang hari sebelumnya,bersama dengan suami semalam tetapi tepancut dalam.saya makan pil escapelle pagi tadi.Bolehkah saya sambung makan pil perancang seperti biasa selepas itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda boleh sambung makan pil perancang seperti biasa selepas mengambil pil perancang kecemasa pagi tadi. Hal ini adalah kerana jika anda terlepas untuk mengambil pil perancang pada hari tersebut, anda hendaklah segera mengambil pil perancang tersebut setelah ingat dan sambung makan pil tersebut seperti biasa.
Namun, Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan