Anonymous
4 tahun
Bolehkah sekiranya membeli Pil gugur di farmasi
Saya wanita berumur 26 tahun. Saya wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Saya telah lewat period 8hari. Hasil pemeriksaan ujian awal kehamilan, ianya menunjukkan bahawa saya positif hamil. Masalah saya sekarang, adakah boleh jika sekiranya saya membeli pil gugur di farmasi? Berapakah harga pil gugur tersebut? Dan adakah sebarang syarat untuk membeli pil tersebut di farmasi.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.