
lizaazri1979
4 tahun
Bonjolan di celah kelengkang
Saya fiza berumur 41 tahun.4 hari lepas saya dapati ada 1 bonjolan kecil di celah kelengkang bersebelahan dengan kemaluan…bengkak betul di pelipat peha…ia berada di bawah kulit…bila sy tekan beru terasa sakit…dan apabila memakai seluar dalam kena berhati hati bila tersentuh memang terasa sangat sakit…apa sebenarnya bonjolan itu ya docter

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan di celah kangkang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kelenjar limfa membengkak
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.