Sulit
5 tahun
Breakout skin (acne)
Hello doc, sy ada masalah skin yg tiba2 breakout, boleh ke sy consume vit c shaklee? Apa pandangn doc ttg shaklee terutama sekali vit c? Perlu ke sy ke klinik kesihatan berbanding consume vit ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kami tidak tahu kandungan yang terdapat di dalam produk tersebut selain daripada vitamin C. Sebaiknya, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga digalakkan untuk meningkatkan kebersihan penjagaan muka dan juga bertukar produk penjagaan muka untuk melihat perkembangannya.
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.



































