
blackrose8961
5 tahun
Breast bengkak sebelah kiri
sy berumur 30thn…baru lepas bersalin…hari ke 20…saya mengalami breast bengkak di sebelah kiri dan ada ketulan pada breast…adakah itu tanda 2 breast abcess

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, ‘breast abscess’ jarang terjadi kepada wanita sesudah bersalin. Bengkak payudara sesudah bersalin seringkali disebabkan oleh peningkatan isi padu susu. Masalah ini turut dikenali sebagai bengkak susu. Namun yang demikian, masalah anda juga boleh disebabkan oleh isu lain seperti jangkitan kuman atau kecederaan akibat teknik menyusukan bayi yang salah.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.