
Sulit
3 tahun
Breast Sakit Sebelum Haid
Hi doc. Beberapa hari ni sy sakit breast yang amat sangat. Berdenyut, terasa seperti breast berat dan sakit bila bangun dari tidur. Selalunya sy akan sakit breast sebelum period. Tapi bulan ni sy lewat period 5 hari dan breast sakit lebih dari selalu… rasa nyeri dan sakit sangat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah sakit payudara yang amat sangat dan berdenyut-denyut disertai dengan rasa berat. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu aktif dan sibuk
- Masalah hormon
- Tekanan hidup atau stres
- Pemakaian baju dalam yang ketat
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Radang payudara
- Saluran susu tersumbat
- Breast abscess
- Breast cyst
- Cyclical breast pain; berkaitan
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.